Manchester United secara rasmi singkirkan Mason Greenwood daripada kelab itu selepas hasil siasatan dalaman oleh kelab.

Kenyataan itu dibuat pada semalam, dengan kelab memutuskan bahawa kontrak pemain itu ditamatkan serta merta.

Sebelum iniΒ  The Athletic melaporkan bahawa Manchester United sedia membuka pintu kembali kepada Mason Greenwood. Namun ianya ditentang pelbagai pihak.

Manchester United menegaskan bahawa keputusan terbaik adalah untuk berpisah dengan pemain tersebut yang sebelum ini ditahan atas kesalahan keganasan domestik dan merogol.

Greenwood kemudian dibebaskan oleh polis selepas mangsa memohon agar kesemua pertuduhan itu digugurkan.

Namun kelab berdepan dilema untuk memasukkan semula Greenwood ke dalam pasukan walaupun dia dibebaskan daripada semua pertuduhan. Hal ini kerana gambar, video dan rakaman audio yang tular di media sosial.

Kelab tetap berpendapat bahawa semua yang tersebar di media sosial bukanlah bukti lengkap.

Tetapi Manchester United akhirnya menegaskan bahawa mereka mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Greenwood.

Manchester United bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan tetap memberikan sokongan kepada pemain itu dan teman wanitanya yang merupakan mangsa keganasan domestik tersebut.

Mason Greenwood menerima keputusan daripada kelabnya itu. Dan berkata dia belajar daripada apa yang berlaku sambil menafikan dia melakukan kesalahan tersebut.

Greenwood bertekad akan meneruskan karier bola sepaknya dan juga berjanji tidak akan mengganggu Manchester United lagi selepas ini.

Tindakan Manchester United singkirkan Mason Greenwood itu mendapat reaksi bercampur baur di kalangan peminat Man United sendiri. Ramai yang menyokong tindakan kelab. Dan ramai juga yang mengecam.